Posts

Image
Erti Sebuah Perkahwinan eptember 16th, 2006 by Abu Saif 12:59 am | 34,168 views  Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Sudah separuh dekad, saya dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan. Perkahwinan kami tidak susah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memperisterikan beliau, saya hanya berpandukan kepada fatwa hati. Dengan sedikit maklumat tentangnya, dan gambar yang langsung tidak membolehkan saya mengecam rupanya, saya berpegang dengan pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan. ‘Orang tengah’ yang juga merupakan sahabat saya memahami keputusan tersebut. Hati saya tenang. Sebelum membuat keputusan muktamad, saya ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih. Malam Ramadhan yang cerah, saya menadah tangan memohon daripada Allah agar memberkati pilihan saya ini. Cuaca dingin Disember 1998 di Kota Dublin mengiringi saya pulang dari M

Motivasi: Tenanglah jiwa, damailah hati.

Image
i copied this post from http://ms.langitilahi.com/motivasi-tenanglah-jiwa-damailah-hati/ enjoy! Motivasi: Tenanglah jiwa, damailah hati. Aug 2nd, 2010   by  Hilal Asyraf .  Sudahlah. Jangan bersedih. Allah ada. Walaupun seluruh manusia meninggalkan kita. ~ Picture by minties of deviant art. Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya. Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas. Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya gayanya. Di sinilah kita perlu memujuk diri. Tenanglah jiwa, damailah hati. Rasa keperluan untuk berp