Posts

Pertunangan Hilal Asyraf, di sambut dgn puisi

Semoga Allah redha. Puisi: Memetika Bunga Di Hujung Sayap Malaikat. Cinta atas kelurusan Tak pernah terlihat juga tiada kedengaran Di tengah jalan penuh penyeksaan Mendengar syaitan ketawa Dan diri sering tewas dengan tipu daya Tetapi Cinta atas kelurusan Aku tetap percaya dengannya tanpa wujud kelelahan Tiada siapa mengetahui hakikat Tinggal diriku perlu cekal dan kuat Untuk memetik bunga di hujung sayap malaikat ~Hilal Asyraf~

Rindu masih tegar

Sejuta nafas cinta Bergelut rindu dendam Membuat diri hilang arah dan pedoman Sejuta nafas cinta Mengintai hijab kasih Membuat diri asyik dan kasmaran Sunyi mengundang ilham indah kata-kata Sepi mencipta madah hias duka lara Kau penawar jiwa Kau sinar segala-gala Andai cinta gurauan untuk apa tangisan Beralah malam siang bertakhta Hariku masih gelita Beredar hujan panas berlegar Rindu masih tegar Sejuta nafas cinta Menyulam rintih pilu Membuat diri racau dalam lamunan

#kahwinblogs

This yr will be ur last lebaran as a single lady sis. Take this oppurtunity to get closer to Umi & Abah, learn as much life skills & knowledge from them as it will be of great help in future. sedey nye bace D;

Complaining OR complacent?

a post frm my friend, TiQah's blog. Saya tak nak banyak-banyak komplen. Orang tak suka kan orang yang banyak-banyak komplen. Tuhan pun tak suka orang yang banyak-banyak komplen… :(   …ربنا أفرغ علينا صبرا وثبت أقدامنا   علي  كل حال Don't misunderstand me. i am not angry, it's a natural feeling to get a bit disappointed when you are turned down. Nevertheless, 

#kahwinblogs: Bercinta Sampai ke Syurga

Image
Bercinta Sampai ke Syurga On 13/03/2009, in  BUKU: Bercinta Sampai ke Syurga , by Abu Saif | 7,828 views | Di sini ku berjanji disaksi rembulan Andainya ku pergi dulu Jikalau ku pergi dulu Ku nantimu di pintu syurga Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia. Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia. Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai. Luar biasa… Mereka bukan dipaksa meneri

Motivasi: Pujuklah diri sendiri

Image
Motivasi: Pujuklah diri sendiri Aug 3rd, 2010 by  Hilal Asyraf .  Belajar pujuk diri. Stay Strong! ~ Picture by pinkxfuzziexkitties of Deviant Art. Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder. Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh. Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim. Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh. Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah