Aku Tidak Melakukan Yang Sama

Puisi : Aku Tidak Melakukan Yang Sama




Bila kau bilang kata cinta,

Mengapa aku kau hantar ke neraka,

Sedang cinta jalannya ke syurga,

Apakah itu retorika semata?



Kau bilang pada ku kita ukhuwah fillah,

Lalu bila masanya engkau pernah mengingatkan aku pada Allah,

Sedangkan ketika diri berdepan musibah,

Engkau tidak pernah sekali mahu berkongsi rasa susah.



Kau bilang 'aku cinta kamu kerana Allah',

Lalu mengapa masih wujud terus prasangka,

Menjarakkan lagi aku dengan kau di kala aku bermasalah,

Mengapa ada semua ini jika kau benar-benar cinta?



Sahabat,



Aku akan tetap terus memegang tanganmu ke syurga,

Walau kau biar aku jatuh ke neraka,

Kerna aku cinta kau dengan sebenar cinta,

Maka aku pasti tidak akan melakukan yang sama,

Walau ku tahu kau mungkin tidak membalas yang serupa.





~[131011]~

Afdholul Rahman CA

Bayt Bujang Beriman, Irbid

Puisi Aku Tidak Melakukan Yang Sama

2356 (Jordan)

Comments