#kahwinblogs: Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Mukaddimah.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan nyawa, masih disambung lagi kehidupan, dan diberikan pelbagai peluang untuk menjadi hamba Allah SWT yang baik dan sejati. InsyaAllah. Alhamdulillah, pada 26hb Mac 2012, saya memulakan penulisan “Sebelum Aku Bernikah” ini dengan bahagian mukaddimahnya. Tiadalah harapan yang lebih tinggi dan lebih besar, melainkan penulisan ini juga dikira sebagai sebahagian amal soleh dan menjadi saham akhirat saya nanti. “Nikah”, perkataan ini nyata mengujakan banyak pihak, terutama remaja, pemuda dan pemudi. Bukanlah saya tulis penulisan bertemakan perkara ini kerana saya arif dan mengetahui. Tidak. Saya menganggap, penulisan saya berkenaan hal ini tidak lebih dari sekadar lontaran pandangan dan idea semata-mata. Tidaklah boleh dijadikan dalil, dan tidaklah boleh dijadikan hujah. Hanya hajatnya, “Sebelum Aku Bernikah” ini menjadi santapan minda untuk menjana idea yang segar, dalam